Surah Al-Imran ayat 134:
(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Bila marah, dalaman hati boleh bercakap pelbagai kata. sampai tak mampu nak berkata-kata indah. hilang semua senyuman, yang hanya terzahir muka merah padam mulut yang takda seri, masam catung! haha~
lebih comel senyum dari marah tau! senyum okey.. alolooo ommmey anggaat. :) |
terlalu banyak kesan negatif pabila marah menguasai diri, nak tak nak cubalah elak diri menjadi seorang yang tak mudah marah.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
tip yang amat berguna dan boleh diamalkan bersama juga ialah:
bila nak marah sangat tu.... >___<
cuba tarik nafas
lepas tu hembus
dan tenangkan diri
try la buat, insyaAllah boleh.
kalau nak berkesan lagi, masa hembus tu sebutlah "ALLAH"
jom cari redha Ilahi. =)
assalam..kak zu terjumpa gambar 25 rasul kat blog ini..kak zu nak guna gambar tu untuk letak dekat blog kak zu boleh tak..terima kasih di dahulukan..
ReplyDeletewasalam. guna la kak zu. sebenarnya saya google je. tak pasti ambik katne. kita sebarkan ilmu, moga bermanfaat dan diredhai Allah. best blog kak zu. :)
ReplyDelete