Tuesday 24 April 2012

ubat hati



berhati-hatilah dengan hatimu!
 kerana di situlah timbulnya segala perasaan yang tak mampu diungkapkan.
jagalah hatimu dari penyakit hati,
jagalah hatimu dari cemburu tidak bertempat,
jagalah hatimu dari hasad dengki,
jagalah hatimu dari perkara-perkara yang dapat menghitamkan hatimu.

jagalah hati!
kerna disitulah segalanya bermula.
selalu berdoa supaya hati ini terjaga dari fitnah dunia.
tenanglah wahai hati.






dengan mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang,
moga dipermudahkan segala urusan kamu di muka bumi yang sementara ini,
banyak liku kehidupan yang perlu kita tempoh untuk menanti penghujung di sana,
moga segala amalan kita diredhaiNya.

kita diberi pinjam nafas tuk terus bernyawa dibumi ciptaanNya,
kita diberi pinjam anggota badan tuk terus bergerak mencari rezeki yang halal,
kita diberi pinjam mata tuk melihat kecantikkan ciptaanNya,
kita diberi pinjam suara tuk terus mengalunkan ayat-ayat suciNya,
kita diberi kesempatan untuk nikmat ini, maka bersyukurlah dengan segala anugerahNya.
-------------------------------------------------

ubatlah hatimu dengan melakukan amalan yang disuruh Allah, tinggalkan apa yang dilarangNya.


 ubat hati yang paling mujarab adalah dengan zikrullah





Apa MAKSUDNYA jika hati kita berasa SEDIH TANPA SEBAB?



✿~ TEKANAN

✿~ MUNGKIN kita ada buat KESILAPAN pada orang lain TANPA SEDAR, biasanya IBUBAPA atau orang yang RAPAT..(INGAT BALIK)

✿~ MENANGIS kerana Allah..


✿~ HATI masih LEMAH dalam MENGINGATI Allah..

✿~ MUNGKIN Allah RINDUKAN kita, inilah masa untuk kita selalu DEKAT dan BERDOA kepadaNya..



p/s : Mungkin ada BETULNYA juga semua sebab-sebab itu..mungkin juga hati ini mula JAUH DAN LALAI dari Allah..Astaghfirullah..♥


jom cari redha Ilahi! =)

Monday 9 April 2012

menangis itu memang best! sebab dapat rawat hati. =)

……..♥..lovel…♥
…..♥..lovelovelo…♥
…♥..lovelovelove….♥
.. ♥.lovelovelovelove…♥……………♥….♥
.♥..lovelovelovelovelo…♥………♥..lovel….♥
...♥..lovelovelovelovelove…♥…..♥…lovelovelo♥
♥.. lovelovelovelovelove…♥….♥…lovelovelo.♥
.♥..lovelovelovelovelove…♥..♥…lovelovelo…♥
..♥…lovelovelovelovelove..♥…lovelovelo…♥
…♥….lovelovelolovelovelovelovelovelo…♥
…..♥….lovelovelovelovelovelovelov…♥
……..♥….lovelovelovelovelovelo…♥
………..♥….lovelovelovelove…♥
……………♥…lovelovelo….♥
………………♥..lovelo…♥
…………………♥…....♥
…………………..♥..♥ I LOVE ALLAH SWT ♥


“Sesungguhnya kejujuran akan mengantarkan kepada kebaikan dan kebaikan akan mengantarkan ke syurga dan sungguh kebohongan akan mengantarkan kepada dosa, dan dosa akan mengantarkan kepada neraka...”(HR Bukhari-Muslim)

Setiap manusia ada ujian tersendiri, saya mengambil balik kata-kata yang ditujukan kepada sahabat di laman sosial facebook. Tanpa sedar, ujian dariNya dapat menguatkan lagi tahanan fizikal mental & minda kita dengan izinNya tuk menghadapi masa yang begitu cepat mengejar kita.

setiap perkara yg kita buat tu, mesti ad feedback! mmg bila kita fikir balik, ''ya Allah,berdosanya kita'' tapi Allah bagi peluang lagi, bagi peluang lagi untuk kita berubah & mohon taubat dariNya.. jgn sia-sia kannya.. teruskan, teruskan..
 jgn pernah berhenti, biasa la kita, cepat sangat lupa nikmat yang diberi pinjam buat sementara waktu ini. 


bila dah happy sangat lupa segalanya, dimana ucapan terima kasih kita kepada Pencipta kita? moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.


 Tapi bila time sedih tu laa, hati kita cepat berdoa mohon keredhaan dariNya, disitu kita cari balik kekuatan kita, dimana sebenarnya kesilapan kita dalam kehidupan ini? moga sentiasa mendapat petunjuk dariNya, peringatn tuk saya jugak.. 


 menangis la kalau itu dapat melegakan perasaan awak, lepaskan apa yang terbuku, insyaAllah kita akan dapat ketenangan lepas itu.. 

menangis la, jangan duk paksa diri suh ''sabar'' je..kadang-kadang kita perlu jugak ''masa'' utk meluahknnya.. 

"menangis tu mmg best! sbb dapat rawat hati =)"

Allah sentiasa kasihkan hambaNya, kita je kadang-kadang tu lupa. ujian itu tarbiyyah tuk mantapkan diri kita, tapi jangan mengalah dengan ujian, sebab di hujung sana, Allah dah janjikan kebahagiaan. Redha itu penting, doa & tawakal itu semestinya. :)

Ramai orang selalu risau akan 'apa orang akan kata nanti' walaupun membuat perkara kebaikan.. Jarang ada orang risau akan 'apa Allah akan kata nanti' dalam apa pun pekerjaan mahu perbuatan yang dilakukan seharian.. jom muhasabah diri! T_T

seribu satu perasaan! hehe.. sekejap kita happy, sekejap kita nangis. Allah bg semua perasaan tu kat kita..kenapa ya? tapi bila ingat balik, indahnya ciptaanNya kerana perasaan ini hanya mampu diluahkan di mimik muka, di tulisan tangan. =)

"...Jika tanganmu terlalu pendek utk membalas kebaikan sahabatmu maka panjangkanlah lisanmu dgn memperbanyak terima kasih & mendoakannya..."
TERIMA KASIH SAHABAT, INGAT INI SEMUA UJIAN TARBIYYAH DARINYA.


okey! :) bersyukur dengan apa yang ada.. kesilapan yang lepas-lepas saya mohon dimaafkan, saya jugak ada buat silap tanpa disedari. ingat, Allah sayang sangat kat kita, sebab itu Dia jaga kita. :)

JOM CARI REDHA ILAHI! 


Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...