Saturday 26 May 2012

tenanglah duhai hati

 bila hati rase tidak tenang, fikir balik adakah kita sudah selesaikan tanggungjawab kepada Tuhan?

bila rase susah hati, fikir balik adakah kita ada berhutang dengan siapa-siapa?

bila hati kecil terasa sedih, fikir balik pengorbanan apa yang kita tidak pernah buat & apa pengorbanan orang lain kepada kita?

untuk mendapatkan ketenangan hati, kita hendaklah berdoa kepada orang lain jugak. 

jangan kedekut mintak doa tuk sorang-sorang je! :) berdoalah pada Allah dan mintaklah kebaikan bersama.

moga doa dimakbulkan & hati sentiasa tenang. ^^



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”





Thursday 24 May 2012

bersyukurlah teman

hai! Assalam buat semua...

pernahkah kita lupa untuk bersyukur?
tatkala senang tatkala susah,
adakah kita sering ingat padaNya..
tanyalah pada diri,
dimana kedudukan diri kita di bumi Allah ini.

Ya Allah,
lalainya diri 
bila terlalu mengejar kemewahan dunia
ingatkah kita
semua itu akan hilang
kerna kemewahan itu hak milik Allah yang kekal abadi.

mana milik kita?
Semuanya tidak ada,
kerana kita hanya menumpang
untuk seketika waktu sahaja
jangan lupa
hidup kita sekejap cuma.

jom dengar lagu nie!
 best tuk memperingati diri
yang sering leka dengan keindahan duniawi,
ciptaanMu sangat indah Tuhan,
moga ia dapat membantuku selalu mengingatiMu.



ingatlah teman!
bersyukurlah
bersyukurlah
bersyukurlah

nikmat ini semuanya datang dari Ilahi
mohonlah keampunan tika diri masih ada peluang
sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

jom cari redha Ilahi... ^^





Saturday 19 May 2012

Hadapi Dengan Senyuman



Hidup Tidak Akan Berakhir
Andai Kita Hanya Melarikan Diri Dari Masalah

Tidak Akan Selesai Dengan Melupakannya
Teruskanlah Langkahanmu
Menuju Dan Hadapi Kenyataan
Jangan Mencari Alasan
Tapi Carilah Jalan Keluar

Memang Agak Pahit Dan Sukar Tuk Tempuhinya
Lama Kelamaan Dirimu Akan Memahami
Jangan Memaksa Diri
Tapi Redhailah Dengan Jiwa Tenangmu


Akan Terdidik Dengan Diri Sendiri
Jika Jiwamu Ingin Mencari Kebenaran

Jangan Terlalu Ego
Tuk Lari Dari Masalah Dan Membiarkan Saja
Kerana Itu Semua Tipu
Pergilah Menghadapinya Dengan Senyuman

Jom Cari Redha Ilahi! :)

Saturday 12 May 2012

Kasihnya sampai syurga

 “Bagi dunia kamu adalah seseorang, tetapi bagi seseorang (ibu bapa) kamu adalah dunianya”


SEBARKAN kasih sayang tak berbelah bahagi kepada kedua ibu bapa setiap hari, tanggungjawab dirimu menjadi anak soleh/solehah agar mereka selamat dunia akhirat kerana adanya anak seperti dirimu.

"...Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik terhadap ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sampai akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu dan ingatlah kepada ALLAH jua tempat kembali untuk menerima balasan" (Surah Luqman : 14)





Menggembirakan hati ibubapa dengan kejayaan kita adalah salah satu cara untuk menghilangkan penat lelah mereka membesarkan kita sejak kecil lagi. Pengorbanan mereka tidak terkira dan tidak dapat diganti serta tidak terbalas dengan hanya menghulurkan wang ringgit ketika mereka dimamah usia.

Tunjukkanlah kasih sayang mu wahai anak, sementara mereka ada di dunia ini yang tidak kekal selamanya. Moga perhatian dan kasih sayang  kita menjaga mereka di sini kekal dihati mereka sampai berjumpa di syurga sana, InsyaAllah. Doakan mereka selalu, kerna disitulah ada rahmat, berkat dan redha Ilahi. 

Wednesday 9 May 2012

Kehidupan Bahagia


Kehidupan manusia terus berjalan tanpa henti,
Hari ini kemungkinan kita ada mendengar berita gembira 
menyambut kelahiran insan baru dengan senyuman yang penuh bermakna.



Kehadiran mereka di dunia ini dapat menambahkan kebahagian dan menjadi penyeri hidup dalam sesebuah keluarga yang dibina tuk menuju redha Ilahi. :)


Tapi, kita sebagai insan biasa mesti ingat bahawa 
setiap kelahiran pasti ada kematian,
kerna di situ barulah bermulanya satu kehidupan
 yang kekal selamanya,
masa, waktu, dimana, bila hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.



Di kala kita bergembira,
 ada sebahagian dari kita
 menangisi pemergian insan yang tersayang.
Perjalanan ini terus berlaku di persekitaran kita,
tanpa sedar, masa begitu pantas berlalu.



Apapun yang terjadi,
berjalanlah tanpa henti,
kerna di situ ada kebahagiaan,
di situ juga ada cubaan menanti,
semua itu ketentuan Ilahi.


 Pemergian kita suatu hari nanti, 
pasti tidak akan merubah apapun,
matahari bulan tetap beredar pada paksinya,
Ingatlah! 
kita hanyalah menumpang di bumi ciptaanNya.



Redhalah dengan kehidupan kita,
Moga berjumpa kebahagian di dunia dan di akhirat sana.


‎"Lahir, diazankan. Mati, disolatkan. Hidup kita sebenarnya pendek ; antara waktu azan dan waktu solat..."


kita akan tahu,
bertapa bijaknya hidup yang di aturNya,
kerna kebahagian kekal abadi adalah di syurga sana.

Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...