Saturday 31 March 2012

ilmu. ilmu. ilmu.


Menuntut ilmu syar’i adalah fardhu kifayah iaitu apabila telah mencukupi (para penuntut  ilmu) maka bagi yang lain hukumnya adalah sunnah, namun menjadi wajib bagi setiap orang atas fardhu ain iaitu ilmu tentang ibadah atau muamalah yang hendak ia kerjakan. (Kitab al-Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:21)

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmim itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (QS. At Taubah:122)

Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam,”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah yang bermaksud: Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” [Ta-Ha: ayat 114]. Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas maksimun, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah dan bertambah.

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat”. [Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Ama’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut,1997) hadis no:78]

Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’ atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya”.[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Ama’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no:77]

Kita hendaklah mencontohi ulama-ulama silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.

Disamping itu kita mestilah bertawakal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita. Tawakal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,yakin,tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.


jom cari redha Ilahi! =)


Friday 30 March 2012

Lalang oh Lalang!


Banyak perumpamaan yang boleh kita lihat pada gaya & prinsip tumbuhan yang diciptakan Yang Maha Kaya ini.

Jangan jadi seperti lalang, bila angin tiup ke kiri, maka ke kira lah ia. Jika angin bertiup ke kanan maka ke kanan lah ia.

Alangkah baiknya seseorang itu mempunyai prinsip yang tetap mengikut aliran agamaNya. Jangan terlalu terpengaruh dengan keindahan duniawi yang sementara ini, kadang-kadang kita lupa bahawa semua keindahan ini akan berbalik kepada Penciptanya.

Satu lagi tentang lalang yang kita boleh ceritakan di post ini, lalang memang banyak tumbuh di merata tempat sampai menutupi sesebuah kawasan itu tanpa memberi apa-apa makna pada tempat itu, melainkan perasaan takut dalam diri kita untuk melalui kawasan itu.

Begitu juga dengan kehidupan manusia sekarang ni, tujuan hidup kita hanyalah berpaksikan ibadat kepada Ilahi. Jika kita terlalu jauh terpesong, dimana tujuan asal kehidupan kita. Kembalilah pada jalan kebenaran tentang erti kehidupan itu sendiri.

"sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.'' (HR Thabrani dan Qaruquthni)


jom cari redha Ilahi! =)

Saturday 17 March 2012

Kenali 25 Rasul




Dalam agama Islam terdapat 25 rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat sepanjang masa, iaitu: 

1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Sueb AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.

Nabi yang mendapat gelaran Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1. Nuh AS.
2. Ibrahim AS.
3. Musa AS.
4. Isa AS.
5. Muhammad SAW.

Sifat-sifat wajib bagi Rasul :
1. Shiddiq : ertinya Benar
2. Amanah : ertinya Dipercayai
3. Tabligh : ertinya Menyampaikan
4. Fathanah : ertinya Cerdik

Sunday 11 March 2012

Allah sayang hambaNya





Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,

Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya,

Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,

Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, 

Indahnya tarbiyyah Allah, 

tersiram rahmat dan hikmah, 

Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….



Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat.

Akhirnya kita sedar bahawa yang kita inginkan kadang-kadang tidak dapat membuat hidup kita lebih baik. Oleh itu, hargailah segala apa yang ada di hadapan kita dan tiap-tiap nikmat yang dianugerahkan kepada kita.

Hidup mati ini tak tentu bila, tapi ingatlah, ianya pasti! Permulaan hidup kita sangat indah diazan atau diiqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar.

Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Semoga kalimah terakhir kita adalah laailaahaillallah.

Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat! mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam.

jom cari redha Ilahi! =)

Saturday 10 March 2012

Asma Al-Husna


Assalamualaikum...
bertemu kembali kita di ruangan maya ini,
kali ini, saya nak share something dengan kawan-kawan,
jom kenali pencipta kita dengan lebih rapat. :)


Sebenarnya banyak kelebihan bila kita hafaz asma al-husna ni, mesti kawan-kawan ingat zaman kita sekolah dulu, selalu mengalunkannya bersama setiap kali ada perhimpunan. Pada waktu yang sama, mesti kita terdengar  ada juga sekolah lain mengalunkannya tapi versi yang berbeza nadanya. Alangkah bestnya bila mengenangkan kembali saat itu.




Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafaznya akan masuk syurga”. Dari sahih Bukhari.






Jom kita sama-sama fahami erti nama Allah dalam bahasa melayu, semoga selepas ini kita akan berzikir 99 nama Allah ini dengan bersungguh-sungguh dan akan rasa lebih rendah diri kepadaNya.

jom cari redha Ilahi. :)


AR-RAHMAN
MAHA PEMURAH
AR-RAHIM
MAHA PENGASIH
AL-MALIK
MAHA AGUNG
AL-QUDDUS
MAHA SUCI
AS-SALAM
MAHA SELAMAT SEJAHTERA
AL-MUKMIN
MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN
AL-MUHAIMIN
MAHA PENGAWAL & PENGAWAS
AL-AZIZ
MAHA BERKUASA
AL-JABBAR
MAHA KUAT
AL-MUTAKABBIR
MAHA MEMILIKI KEBESARAN
AL-KHALIQ
MAHA PENCIPTA
AL-BARI
MAHA MENJADIKAN
AL-MUSAWWIR
MAHA PEMBENTUK
AL-GHAFFAR
MAHA PENGAMPUN
AL-QAHHAR
MAHA MENENTUKAN
AL-WAHHAB
MAHA PEMBERI
AR-RAZZAQ
MAHA PEMBERI REZEKI
AL-FATTAH
MAHA PEMBUKA
AL-ALIM
MAHA MENGETAHUI
AL-QABIDH
MAHA PENGEKANG
AL-BASIT
MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT
AL-HAFIDD
MAHA MERENDAHKAN
AR-RAFI’
MAHA MENINGGIKAN
AL-MU’IZ
MAHA MEMULIAKAN
AL-MUZIL
MAHA MENGHINAKAN
AS-SAMI’
MAHA MENDENGAR
AL-BASIR
MAHA MELIHAT
AL-HAKAM
MAHA PENGHUKUM
AL-‘ADL
MAHA ADIL
AL-LATIF
MAHA LEMBUT
AL-KHABIR
MAHA MENGETAHUI
AL-HALIM
MAHA PENYANTUN/SABAR
AL-‘AZIM
MAHA AGUNG
AL-GHAFUR
MAHA PENGAMPUN
ASY-SYAKUR
MAHA BERSYUKUR
AL-‘ALIY
MAHA TINGGI
AL-KABIR
MAHA BESAR
AL-HAFIZ
MAHA PEMELIHARA
AL-MUQIT
MAHA PENJAGA
AL-HASIB
MAHA PENGHITUNG
AL-JALIL
MAHA SEMPURNA
AL-KARIM
MAHA PEMURAH
AR-RAQIB
MAHA MENGAWASI
AL-MUJIB
MAHA MENGABULKAN
AL-WASI’
MAHA LUAS
AL-HAKIM
MAHA BIJAKSANA
AL-WADUD
MAHA MENGASIHANI
AL-MAJID
MAHA MULIA
AL-BA’ITS
MAHA MEMBANGKITKAN
ASY-SYAHID
MAHA MENYAKSIKAN
AL-HAQ
MAHA BENAR
AL-WAKIL
MAHA PENTADBIR
AL-QAWIY
MAHA KUAT
AL-WALIY
MAHA PELINDUNG
AL-MATIN
MAHA TEGUH
AL-HAMID
MAHA TERPUJI
AL-MUHSI
MAHA PENGHITUNG
AL-MUBDI
MAHA MEMULAI
AL-MU’ID
MAHA MENGEMBALIKAN
AL-MUHYI
MAHA MENGHIDUPKAN
AL-MUMIT
MAHA MEMATIKAN
AL-HAYY
MAHA HIDUP
AL-QAYYUM
MAHA BERDIRI SENDIRI
AL-WAJID
MAHA PENEMU
AL-MAJID
MAHA MULIA
AL-WAHID
MAHA ESA
AL-AHAD
MAHA ESA (SATU)
AS-SAMAD
TEMPAT BERGANTUNG
AL-QADIR
MAHA BERUPAYA
AL-MUKTADIR
MAHA BERKUASA
AL-MUKADDIM
MAHA MENYEGERAKAN
AL-MUAKHIR
MAHA MENGAKHIRKAN
AL-AWWAL
YANG PERTAMA
AL-AKHIR
YANG AKHIR
AZ-ZAHIR
YANG ZAHIR
AL-BATIN
YANG BATIN
AL-WALI
YANG MEMERINTAH
AL-MUTA’ALI
MAHA TINGGI & MULIA
AL-BARR
MAHA BAIK
AT-TAWWAB
MAHA PENERIMA TAUBAT
AL-MUNTAQIM
MAHA PENGHUKUM
AL-‘AFUW
MAHA PEMAAF
AR-RAUF
MAHA BELAS KASIHAN
MALIKUL-MULK
MAHA PEMILIK KERAJAAN
DZUL-JALALI
MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN & KEMULIAAN
AL-MUQSIT
PEMILIK KEADILAN
AL-JAMI’
MAHA MENGUMPULKAN
AL-GHANIY
MAHA KAYA
AL-MUGHNI
YANG MAHA MEMAKMURKAN
AL-MANI’
MAHA PENCEGAH
AD-DARR
MAHA MENDATANGKAN
AN-NAFI’
YANG MEMBERI MANFAAT
AN-NUR
MAHA PEMBERI CAHAYA
AL-HADI
MAHA PEMBERI PETUNJUK
AL-BADI’
MAHA PENCIPTA KEINDAHAN
AL-BAQI
MAHA KEKAL
AR-WARITS
MAHA MEWARISI
AR-RASYID
MAHA PEMBERI PETUNJUK
AS-SABUR
MAHA PENYABAR

Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...