Friday, 9 March 2012

Nasihat Rasulullah kepada sahabatnya! =)

Apabila diri terasa kosong, carilah sesuatu yang dapat menjadikan diri kita berada di alam nyata, kerna pabila kita di isi sesuatu yakni kata-kata atau ''nasihat'' dari orang sekeliling yang sayang dan ambik perhatian terhadap diri kamu, ia dapat memulihkan balik emosi serta fikiran yang tengah bercelaru itu.... :/




Jom baca nasihat Rasulullah kepada Ali r.a .....

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.


Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Riwayat Muslim)


Jangan lari jauh kawanku, kerna ia akan membinasakan kamu sendiri, tapi kamu hendaklah berukhuwah, carilah kemanisan dalam bersahabat, carilah ketenangan dengan mengingati setiap nasihat mereka yang dapat membantu kita mencari jalan yang di redhaiNya.


jom cari redha Ilahi! :)

No comments:

Post a Comment

Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...