Wednesday 7 March 2012

‘Al-Quran, the love letter from Allah’

Assalamualaikum teman-teman sekalian,
Sudahkah kita membaca Al-Quran hari ini? ^__^
Itulah surat cinta dari Dia untuk kita yang selalu rindukanNya..

Bila kita boleh mengadu kepada Dia?
bila kita boleh bercakap dengan Dia?! :/
dalam solat, dalam doa, dalam muhasabah diri...

tapi, bila Dia akan bercakap dengan kita?
bila Dia ambik tahu pasal diri kita?!
Tuhan telah lama bercakap dengan kita, 
menyampaikan kata-katanya melalui perutusan RasulNya,
iaitu ayat-ayat suciNya, Al-Quran! :)





Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasullullah SAW bersabda,:
“Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat seperti dua kumpulan awan menaungi  pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)”.
 (Riwayat Muslim)





Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: ‘’Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli ’ daripada kalangan manusia.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?’’ Baginda bersabda: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli ’ Allah dan golongan pilihan-Nya.”
(Riwayat Ibn Majah)

Daripada Uthman bin Affan r.a, Nabi SAW bersabda: “Orang yang terbaik daripada kamu ialah orang belajar al-Quran dan mengajarnya.”
(Riwayat al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment

Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...