Menuntut ilmu syar’i adalah fardhu kifayah iaitu apabila telah mencukupi (para penuntut ilmu) maka bagi yang lain hukumnya adalah sunnah, namun menjadi wajib bagi setiap orang atas fardhu ain iaitu ilmu tentang ibadah atau muamalah yang hendak ia kerjakan. (Kitab al-Ilmi, Syaikh Utsaimin hal:21)
“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmim itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (QS. At Taubah:122)
Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam,”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
Perhatikan doa yang diajar oleh Allah kepada Rasulullah yang bermaksud: Dan berdoalah dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” [Ta-Ha: ayat 114]. Perkataan “tambahilah” menunjukkan ilmu itu tidak mengenal batas maksimun, sebaliknya sentiasa dinamik sehingga boleh bertambah dan bertambah.
“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat”. [Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Ama’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut,1997) hadis no:78]
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: “Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’ atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya”.[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Ama’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no:77]
Kita hendaklah mencontohi ulama-ulama silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.
Disamping itu kita mestilah bertawakal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita. Tawakal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,yakin,tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
jom cari redha Ilahi! =)