Monday, 19 August 2013

watak hero

ha'a, tak lebih tak kurang mesti ada yang membaca novel, cerpen, atau menonton cerita di televisyen, youtube atau di mana saje.

pasti ada watak hero. yess! pasti! andainya tiada watak hero, siapa nak menerajui cerita tersebutkan? maka tiadalah jalan cerita yang nak diceritakan sebab tiada watak tersebut.

andainya pandangan kita luas, pembacaan kita terus fokus, pasti ada penilaian kita tersendiri pada sesuatu watak tersebut, ada perasaan sayang, suka, gembira bila melihat watak hero itu dan tak lupa perasaan benci, menyampah, tak suka pada watak yang disebaliknya itu.

dalam kehidupan ini, begitulah kita. jadilah dan pilihlah watak hero kita sendiri kerana kitalah hero itu.

jika kita mahu disukai disayangi jadilah watak hero yang pasti orang terus sayang kita.
jika kita mahu dibenci disakiti jadilah watak hero yang pasti orang terus benci kita.

semuanya atas diri kita.
yup, atas diri sendiri.

senyum!

jom cari redha Illahi.

Tuesday, 23 July 2013

pandang jauh-jauh


Apa yang kita fikir tak semestinya sama dengan orang lain fikir,
jangan mudah buat sesuatu keputusan tanpa lihat sisi yang ke tiga,
dengar, lihat & nilai.

Allah nak uji tak kira bila dan di mana,
kita sebagai hamba harus kuat dan redha pada ujianNya.

jom cari Redha Illahi.

Wednesday, 22 May 2013

degil

kedegilan jauh berbeza dengan kenakalan.
sampai bila nak ikut kata hati sendiri tanpa memikirkan apa yang Allah kata?

kalau dah sah-sah la perkara tu HARAM,
kenapa nak teruskan?
kenapa terus nak memberontak?
sampai bila?
hidup kita bukanlah lama kat dunia ini,
janganlah terlalu sombong dan bangga diri,
kerna Allah tahu siapa kita sebenarnya.

jom cari redha Illahi. :)

kepercayaan

salam pertemuan! :)

bila ada perasaan yakin dan sayang,
mudahnya kita bagi kepercayaan kepada sesorang itu.


bila dah dipercayai,
jangan pula mengkhianati.

kejayaan juga berpunca dari kepercayaan,
kita percaya Allah ada.

jom cari redha Ilahi!
sayang semua kerana Allah..

Monday, 18 March 2013

saya tiada kerja

Munculnya hari Isnin, terbenamnya hari Ahad...


tetiba...
jangan sampai terkeluar ayat "saya tiada kerja"! semua itu nampak tipu.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman, kita hidup di muka bumi ini hanyalah untuk beribadat kepada Illahi, semuanya di bawah naunganNya, jika tersasar jauh, rugilah diri sendiri.

kerja di pejabat, di sekolah, di balai polis, pejabat pos dan macam-macam lagi hanyalah sekadar alat untuk mencari rezeki halal di dunia sementara ini. Mencari redha Allah itu lebih penting dari segala banyak hal.

jadi, ayat ''saya tiada kerja'' hanya omongan kosong di bibir kerna terlalu banyak suruhan Allah yang perlu kita buat di sini.

tanya pada diri sendiri, apa yang aku dah buat selama meminjam harta Allah ini?
buat PAHALA setiap hari atau buat DOSA setiap hari?

hanya Allah, para malaikat dan dirimu saja yang megetahui apa amalanmu dengan lebih mendalam.
pohon padaNya, mintak ampun kerana Allah maha menyayangi hambaNya.

Wednesday, 13 February 2013

Bila nak marah

Alahai bila nak marah, macam-macam boleh terjadi. Alkisahnya, hilangkanlah kemarahanmu dengan bersabar. menulis itu senang, menyuruh itu senang, tapi nak melaksanakan dan  melakukan itu perlu betul-betul kekuatan emosi dalaman kita.

Surah Al-Imran ayat 134
(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.


Bila marah, dalaman hati boleh bercakap pelbagai kata. sampai tak mampu nak berkata-kata indah. hilang semua senyuman, yang hanya terzahir muka merah padam mulut yang takda seri, masam catung!  haha~

lebih comel senyum dari marah tau! senyum okey.. alolooo ommmey anggaat. :)
Kenapa boleh terjadinya emosi marah? mungkin sesuatu isu yang diperkatakan tidak berkenan dihati, berlainan pendapat, hujah yang nak menangkan diri sendiri, akibatnya fikiran hilang entah ke mana. Bila fikiran dah bercelaru dan berfikir bukan-bukan, isu yang tak berkaitan pun boleh terungkit sama.

terlalu banyak kesan negatif pabila marah menguasai diri, nak tak nak cubalah elak diri menjadi seorang yang tak mudah marah.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” 
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)


Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)


tip yang amat berguna dan boleh diamalkan bersama juga ialah:

bila nak marah sangat tu.... >___<

cuba tarik nafas
lepas tu hembus
dan tenangkan diri

try la buat, insyaAllah boleh.
kalau nak berkesan lagi, masa hembus tu sebutlah "ALLAH"

jom cari redha Ilahi. =)

Tuesday, 29 January 2013

baby

kenapa kita semua suka tengok baby?
haaa... kalau tahu, bagi tahu laa ya..
sharing is caring! :)


ada orang kata, bukan saya katalah maksudnya :

1- baby ini suci
2- baby ini tiada dosa tak macam kita
3- baby ini dapat menenangkan jiwa

semua betul! :) bila ada baby, pasti kita rasa happy! tahniah kepada semua ibu bapa, mak ayah, mama papa, ummi abi, mami daddy, alahai banyaknya panggilan. ikutlaa yang mana satu. haiissh.. yang paling penting, jagalah anak-anakmu dengan baik-baik sayang, kerana dia adalah anugerah yang terindah olehNya untuk dihargai.

anak-anak kecil ibarat kain putih, mak ayah lah yang mencoraknya tuk menjadi insan dan hamba baik kepada Penciptanya.


#terlalu banyak kata-kata tuk menggambarkan bila ada baby depan mata. 



bila balik je dari tempat belajar hari tu, tak sangka dapat jumpa baby.

hai! nama saya daliya nursafiya

yeaahhh! gembiranya hati tak tahu nak cerita. dapat pegang baby, dapat peluk cium baby, haaiii seronoknya. hanya Tuhan yang tahu. =)



# ada orang kata, bau wangi baby dari syurgaNya.

Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...