Surah Al-Imran ayat 134:
(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Bila marah, dalaman hati boleh bercakap pelbagai kata. sampai tak mampu nak berkata-kata indah. hilang semua senyuman, yang hanya terzahir muka merah padam mulut yang takda seri, masam catung! haha~
lebih comel senyum dari marah tau! senyum okey.. alolooo ommmey anggaat. :) |
terlalu banyak kesan negatif pabila marah menguasai diri, nak tak nak cubalah elak diri menjadi seorang yang tak mudah marah.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
tip yang amat berguna dan boleh diamalkan bersama juga ialah:
bila nak marah sangat tu.... >___<
cuba tarik nafas
lepas tu hembus
dan tenangkan diri
try la buat, insyaAllah boleh.
kalau nak berkesan lagi, masa hembus tu sebutlah "ALLAH"
jom cari redha Ilahi. =)