Saturday, 12 May 2012

Kasihnya sampai syurga

 “Bagi dunia kamu adalah seseorang, tetapi bagi seseorang (ibu bapa) kamu adalah dunianya”


SEBARKAN kasih sayang tak berbelah bahagi kepada kedua ibu bapa setiap hari, tanggungjawab dirimu menjadi anak soleh/solehah agar mereka selamat dunia akhirat kerana adanya anak seperti dirimu.

"...Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik terhadap ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sampai akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu dan ingatlah kepada ALLAH jua tempat kembali untuk menerima balasan" (Surah Luqman : 14)





Menggembirakan hati ibubapa dengan kejayaan kita adalah salah satu cara untuk menghilangkan penat lelah mereka membesarkan kita sejak kecil lagi. Pengorbanan mereka tidak terkira dan tidak dapat diganti serta tidak terbalas dengan hanya menghulurkan wang ringgit ketika mereka dimamah usia.

Tunjukkanlah kasih sayang mu wahai anak, sementara mereka ada di dunia ini yang tidak kekal selamanya. Moga perhatian dan kasih sayang  kita menjaga mereka di sini kekal dihati mereka sampai berjumpa di syurga sana, InsyaAllah. Doakan mereka selalu, kerna disitulah ada rahmat, berkat dan redha Ilahi. 

No comments:

Post a Comment

Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...