ha'a, tak lebih tak kurang mesti ada yang membaca novel, cerpen, atau menonton cerita di televisyen, youtube atau di mana saje.
pasti ada watak hero. yess! pasti! andainya tiada watak hero, siapa nak menerajui cerita tersebutkan? maka tiadalah jalan cerita yang nak diceritakan sebab tiada watak tersebut.
andainya pandangan kita luas, pembacaan kita terus fokus, pasti ada penilaian kita tersendiri pada sesuatu watak tersebut, ada perasaan sayang, suka, gembira bila melihat watak hero itu dan tak lupa perasaan benci, menyampah, tak suka pada watak yang disebaliknya itu.
dalam kehidupan ini, begitulah kita. jadilah dan pilihlah watak hero kita sendiri kerana kitalah hero itu.
jika kita mahu disukai disayangi jadilah watak hero yang pasti orang terus sayang kita.
jika kita mahu dibenci disakiti jadilah watak hero yang pasti orang terus benci kita.
semuanya atas diri kita.
yup, atas diri sendiri.
senyum!
jom cari redha Illahi.