Tuesday, 29 January 2013

baby

kenapa kita semua suka tengok baby?
haaa... kalau tahu, bagi tahu laa ya..
sharing is caring! :)


ada orang kata, bukan saya katalah maksudnya :

1- baby ini suci
2- baby ini tiada dosa tak macam kita
3- baby ini dapat menenangkan jiwa

semua betul! :) bila ada baby, pasti kita rasa happy! tahniah kepada semua ibu bapa, mak ayah, mama papa, ummi abi, mami daddy, alahai banyaknya panggilan. ikutlaa yang mana satu. haiissh.. yang paling penting, jagalah anak-anakmu dengan baik-baik sayang, kerana dia adalah anugerah yang terindah olehNya untuk dihargai.

anak-anak kecil ibarat kain putih, mak ayah lah yang mencoraknya tuk menjadi insan dan hamba baik kepada Penciptanya.


#terlalu banyak kata-kata tuk menggambarkan bila ada baby depan mata. 



bila balik je dari tempat belajar hari tu, tak sangka dapat jumpa baby.

hai! nama saya daliya nursafiya

yeaahhh! gembiranya hati tak tahu nak cerita. dapat pegang baby, dapat peluk cium baby, haaiii seronoknya. hanya Tuhan yang tahu. =)



# ada orang kata, bau wangi baby dari syurgaNya.

Sunday, 20 January 2013

k-fiqh

Alhamdulillah..

tidak pernah ada perasaan rugi jika kita terus menuntut dan mencari ilmu. Dalam celah-celah kehidupan yang semakin membangun ini, rugi andai diri terus menyendiri melayani diri tanpa penambahan ilmu yang cukup luas di muka bumi ini.


semasa pendaftaran: terpaksa beratur panjang kerana terlalu ramai orang.

berjaya menghadiri majlis ilmu, menyebabkan diri terasa terharu sangat-sangat. Ya Allah, ramainya hamba Mu mencari ilmu tuk terus mendekati diri Mu. Moga majlis ilmu terus menyinari tuk mencari redha Mu ya Allah. :)

suasana dewan D di Maeps, Serdang ketika majlis ilmu sedang berlangsung

#part paling best selain banyak ilmu yang dapat :

- bila tengok orang ramai berlari-lari anak dan berebut tempat menuju ke hadapan dewan tuk duduk hampir dengan pentas. Subhanallah.

- menggunakan pendekatan SMS tuk bertanyakan soalan kepada panel jadi takdelah istilah orang panggil penerangan soalan berjela-jela heehe.. tuk menjimatkan masa.. pandai! :)



Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...