berhati-hatilah dengan hatimu!
kerana di situlah timbulnya segala perasaan yang tak mampu diungkapkan.
jagalah hatimu dari penyakit hati,
jagalah hatimu dari cemburu tidak bertempat,
jagalah hatimu dari hasad dengki,
jagalah hatimu dari perkara-perkara yang dapat menghitamkan hatimu.
jagalah hati!
kerna disitulah segalanya bermula.
selalu berdoa supaya hati ini terjaga dari fitnah dunia.
tenanglah wahai hati.
dengan mengingatiNya hati kita akan menjadi tenang,
moga dipermudahkan segala urusan kamu di muka bumi yang sementara ini,
banyak liku kehidupan yang perlu kita tempoh untuk menanti penghujung di sana,
moga segala amalan kita diredhaiNya.
kita diberi pinjam nafas tuk terus bernyawa dibumi ciptaanNya,
kita diberi pinjam anggota badan tuk terus bergerak mencari rezeki yang halal,
kita diberi pinjam mata tuk melihat kecantikkan ciptaanNya,
kita diberi pinjam suara tuk terus mengalunkan ayat-ayat suciNya,
kita diberi kesempatan untuk nikmat ini, maka bersyukurlah dengan segala anugerahNya.
-------------------------------------------------
ubatlah hatimu dengan melakukan amalan yang disuruh Allah, tinggalkan apa yang dilarangNya.
ubat hati yang paling mujarab adalah dengan zikrullah
Apa MAKSUDNYA jika hati kita berasa SEDIH TANPA SEBAB?
✿~ TEKANAN
✿~ MUNGKIN kita ada buat KESILAPAN pada orang lain TANPA SEDAR, biasanya IBUBAPA atau orang yang RAPAT..(INGAT BALIK)
✿~ MENANGIS kerana Allah..
✿~ HATI masih LEMAH dalam MENGINGATI Allah..
✿~ MUNGKIN Allah RINDUKAN kita, inilah masa untuk kita selalu DEKAT dan BERDOA kepadaNya..
p/s : Mungkin ada BETULNYA juga semua sebab-sebab itu..mungkin juga hati ini mula JAUH DAN LALAI dari Allah..Astaghfirullah..♥♥♥
jom cari redha Ilahi! =)