Wednesday, 29 February 2012

SiaPa SayAnG KiTa?!


Fitrah manusia ingin sayang dan disayangi, ditiup perasaan kasih cinta rindu! Tapi dimana tempat yang paling sesuai dan tepat diletakkannya? Dihati seorang bernama kekasih? Dihati seorang teman tapi mesra? Dihati seorang kawan? Dihati saudara seIslam? Dihati ibubapa? RasulNya? Pencipta yang Maha Agung? Teman tanya dihati masing-masing, siapa sayang kita?! InsyaAllah ada jawapan yang terbaik untuk teman.



Kembalilah kepada fitrah, Islam tak pernah nak menghalang kita berkasih sayang. Sayang mak ayah, adik beradik, kawan, alam semulajadi dan macam-macam lagi. Kita berhak untuk sayang pada semua, pasti kasih sayang itu kembali kepada kita semula. Itulah dinama fitrah yang dikurniakan dengan penuh misteri oleh Maha Penyayang. Biarlah sayang pada tempatnya, alirkannya dengan seikhlas mungkin, kerna disitu ada cintaNya. 


Manisnya cinta pabila kita mengenali seseorang itu dengan lebih dekat, begitulah juga manisnya Iman bila kita mengenali Pencipta kita dengan lebih dekat, dekat dan lagi dekat. Pencipta kita lebih mengenali dan menyayangi hambaNya.


Sentiasalah berdoa untuk mendapat kasih sayangNya. Dia tak pernah tinggalkan kita bersendirian, Dia sentiasa ada disisi hambaNya. Kenalilah Allah dan RasulNya dengan sebaik-baiknya, InsyaAllah hati teman akan sentiasa tenang dengan mengingatiNya!
" ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2)


Hakikatnya, cinta Allah dan RasulNya adalah segala-galanya, dimana kita tidak akan pernah dikecewakan dan sunyi dari Kalam serta Sunnahnya. Itulah tandanya kasih sayang yang kekal abadi sampai syurga-Nya, InsyaAllah.

jom cari redha Ilahi! =)

Thursday, 23 February 2012

mEnJadi DiRiKu~


  • Tak seperti bintang di langit

    Tak seperti indah pelangi

    Kerana diriku bukanlah mereka

    Ku apa adanya


    Wajahku memang begini

    Sikapku jelas tak sempurna

    Ku akui ku bukanlah mereka

    Ku apa adanya


    Menjadi diriku

    Dengan segala kekurangan

    Menjadi diriku

    atas kelebihanku


    Terimalah aku,

    seperti apa adanya

    aku hanya insan biasa, 

    tak mungkin sempurna


    Tetap kubangga,

     atas apa yang kupunya

    setiap waktu kunikmati, 

    anugerah hidup yang kumiliki



Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...