bila hati rase tidak tenang, fikir balik adakah kita sudah selesaikan tanggungjawab kepada Tuhan?
bila rase susah hati, fikir balik adakah kita ada berhutang dengan siapa-siapa?
bila hati kecil terasa sedih, fikir balik pengorbanan apa yang kita tidak pernah buat & apa pengorbanan orang lain kepada kita?
untuk mendapatkan ketenangan hati, kita hendaklah berdoa kepada orang lain jugak.
jangan kedekut mintak doa tuk sorang-sorang je! :) berdoalah pada Allah dan mintaklah kebaikan bersama.
moga doa dimakbulkan & hati sentiasa tenang. ^^
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
kerna kemewahan itu hak milik Allah yang kekal abadi.
mana milik kita?
Semuanya tidak ada,
kerana kita hanya menumpang
untuk seketika waktu sahaja
jangan lupa
hidup kita sekejap cuma.
jom dengar lagu nie! best tuk memperingati diri yang sering leka dengan keindahan duniawi, ciptaanMu sangat indah Tuhan, moga ia dapat membantuku selalu mengingatiMu.
ingatlah teman!
bersyukurlah
bersyukurlah
bersyukurlah
nikmat ini semuanya datang dari Ilahi
mohonlah keampunan tika diri masih ada peluang
sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
“Bagi dunia kamu adalah seseorang, tetapi bagi seseorang (ibu bapa) kamu adalah dunianya”
SEBARKAN kasih sayang tak berbelah bahagi kepada kedua ibu bapa setiap hari, tanggungjawab dirimu menjadi anak soleh/solehah agar mereka selamat dunia akhirat kerana adanya anak seperti dirimu.
"...Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik terhadap ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sampai akhir menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu dan ingatlah kepada ALLAH jua tempat kembali untuk menerima balasan" (Surah Luqman : 14)
Menggembirakan hati ibubapa dengan kejayaan kita adalah salah satu cara untuk menghilangkan penat lelah mereka membesarkan kita sejak kecil lagi. Pengorbanan mereka tidak terkira dan tidak dapat diganti serta tidak terbalas dengan hanya menghulurkan wang ringgit ketika mereka dimamah usia.
Tunjukkanlah kasih sayang mu wahai anak, sementara mereka ada di dunia ini yang tidak kekal selamanya. Moga perhatian dan kasih sayang kita menjaga mereka di sini kekal dihati mereka sampai berjumpa di syurga sana, InsyaAllah. Doakan mereka selalu, kerna disitulah ada rahmat, berkat dan redha Ilahi.
Hari ini kemungkinan kita ada mendengar berita gembira
menyambut kelahiran insan baru dengan senyuman yang penuh bermakna.
Kehadiran mereka di dunia ini dapat menambahkan kebahagian dan menjadi penyeri hidup dalam sesebuah keluarga yang dibina tuk menuju redha Ilahi. :)
Tapi, kita sebagai insan biasa mesti ingat bahawa setiap kelahiran pasti ada kematian, kerna di situ barulah bermulanya satu kehidupan yang kekal selamanya, masa, waktu, dimana, bila hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.
Di kala kita bergembira, ada sebahagian dari kita menangisi pemergian insan yang tersayang.
Perjalanan ini terus berlaku di persekitaran kita,
tanpa sedar, masa begitu pantas berlalu.
Apapun yang terjadi,
berjalanlah tanpa henti,
kerna di situ ada kebahagiaan,
di situ juga ada cubaan menanti,
semua itu ketentuan Ilahi.
Pemergian kita suatu hari nanti, pasti tidak akan merubah apapun, matahari bulan tetap beredar pada paksinya, Ingatlah! kita hanyalah menumpang di bumi ciptaanNya.
Redhalah dengan kehidupan kita,
Moga berjumpa kebahagian di dunia dan di akhirat sana.
"Lahir, diazankan. Mati, disolatkan. Hidup kita sebenarnya pendek ; antara waktu azan dan waktu solat..."
kita akan tahu, bertapa bijaknya hidup yang di aturNya, kerna kebahagian kekal abadi adalah di syurga sana.
……..♥..lovel…♥ …..♥..lovelovelo…♥ …♥..lovelovelove….♥ .. ♥.lovelovelovelove…♥……………♥….♥ .♥..lovelovelovelovelo…♥………♥..lovel….♥ ...♥..lovelovelovelovelove…♥…..♥…lovelovelo♥ ♥.. lovelovelovelovelove…♥….♥…lovelovelo.♥ .♥..lovelovelovelovelove…♥..♥…lovelovelo…♥ ..♥…lovelovelovelovelove..♥…lovelovelo…♥ …♥….lovelovelolovelovelovelovelovelo…♥ …..♥….lovelovelovelovelovelovelov…♥ ……..♥….lovelovelovelovelovelo…♥ ………..♥….lovelovelovelove…♥ ……………♥…lovelovelo….♥ ………………♥..lovelo…♥ …………………♥…....♥ …………………..♥..♥ I LOVE ALLAH SWT ♥
“Sesungguhnya kejujuran akan mengantarkan kepada kebaikan dan kebaikan akan mengantarkan ke syurga dan sungguh kebohongan akan mengantarkan kepada dosa, dan dosa akan mengantarkan kepada neraka...”(HR Bukhari-Muslim)
Setiap manusia ada ujian tersendiri, saya mengambil balik kata-kata yang ditujukan kepada sahabat di laman sosial facebook. Tanpa sedar, ujian dariNya dapat menguatkan lagi tahanan fizikal mental & minda kita dengan izinNya tuk menghadapi masa yang begitu cepat mengejar kita.
setiap perkara yg kita buat tu, mesti ad feedback! mmg bila kita fikir balik, ''ya Allah,berdosanya kita'' tapi Allah bagi peluang lagi, bagi peluang lagi untuk kita berubah & mohon taubat dariNya.. jgn sia-sia kannya.. teruskan, teruskan.. jgn pernah berhenti, biasa la kita, cepat sangat lupa nikmat yang diberi pinjam buat sementara waktu ini.
bila dah happy sangat lupa segalanya, dimana ucapan terima kasih kita kepada Pencipta kita? moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.
Tapi bila time sedih tu laa, hati kita cepat berdoa mohon keredhaan dariNya, disitu kita cari balik kekuatan kita, dimana sebenarnya kesilapan kita dalam kehidupan ini? moga sentiasa mendapat petunjuk dariNya, peringatn tuk saya jugak..
menangis la kalau itu dapat melegakan perasaan awak, lepaskan apa yang terbuku, insyaAllah kita akan dapat ketenangan lepas itu..
menangis la, jangan duk paksa diri suh ''sabar'' je..kadang-kadang kita perlu jugak ''masa'' utk meluahknnya..
"menangis tu mmg best! sbb dapat rawat hati =)"
Allah sentiasa kasihkan hambaNya, kita je kadang-kadang tu lupa. ujian itu tarbiyyah tuk mantapkan diri kita, tapi jangan mengalah dengan ujian, sebab di hujung sana, Allah dah janjikan kebahagiaan. Redha itu penting, doa & tawakal itu semestinya. :)
Ramai orang selalu risau akan 'apa orang akan kata nanti' walaupun membuat perkara kebaikan.. Jarang ada orang risau akan 'apa Allah akan kata nanti' dalam apa pun pekerjaan mahu perbuatan yang dilakukan seharian.. jom muhasabah diri! T_T
seribu satu perasaan! hehe.. sekejap kita happy, sekejap kita nangis. Allah bg semua perasaan tu kat kita..kenapa ya? tapi bila ingat balik, indahnya ciptaanNya kerana perasaan ini hanya mampu diluahkan di mimik muka, di tulisan tangan. =)
"...Jika tanganmu terlalu pendek utk membalas kebaikan sahabatmu maka panjangkanlah lisanmu dgn memperbanyak terima kasih & mendoakannya..."
TERIMA KASIH SAHABAT, INGAT INI SEMUA UJIAN TARBIYYAH DARINYA.
okey! :) bersyukur dengan apa yang ada.. kesilapan yang lepas-lepas saya mohon dimaafkan, saya jugak ada buat silap tanpa disedari. ingat, Allah sayang sangat kat kita, sebab itu Dia jaga kita. :)