Sunday, 20 January 2013

k-fiqh

Alhamdulillah..

tidak pernah ada perasaan rugi jika kita terus menuntut dan mencari ilmu. Dalam celah-celah kehidupan yang semakin membangun ini, rugi andai diri terus menyendiri melayani diri tanpa penambahan ilmu yang cukup luas di muka bumi ini.


semasa pendaftaran: terpaksa beratur panjang kerana terlalu ramai orang.

berjaya menghadiri majlis ilmu, menyebabkan diri terasa terharu sangat-sangat. Ya Allah, ramainya hamba Mu mencari ilmu tuk terus mendekati diri Mu. Moga majlis ilmu terus menyinari tuk mencari redha Mu ya Allah. :)

suasana dewan D di Maeps, Serdang ketika majlis ilmu sedang berlangsung

#part paling best selain banyak ilmu yang dapat :

- bila tengok orang ramai berlari-lari anak dan berebut tempat menuju ke hadapan dewan tuk duduk hampir dengan pentas. Subhanallah.

- menggunakan pendekatan SMS tuk bertanyakan soalan kepada panel jadi takdelah istilah orang panggil penerangan soalan berjela-jela heehe.. tuk menjimatkan masa.. pandai! :)



Sunday, 9 December 2012

kawan bermusim

eh eh eh
ungkapan apa itu?
haaiisshh... macam-macam ada! ahaks lama tak dengar ayat itu..

kawan bermusim!
cam pelik aje bunyinya.

itulah, time gembira selalu ada
itulah, time senang selalu dikejar
itulah, time boring selalu di cari

sesuai kah dengan panggilan kawan bermusim?
ayooyoyyoo...

no, no, no
jangan sesekali okey
tapi setiap orang ada pendirian masing-masing
up to you, always remember sad memory
or give smile to yourself

kawan yang baik ialah
selalu belajar mencintai
selalu belajar memaafkan
selalu belajar menerima.

yang penting,
kita hidup di muka bumi ini tuk taat perintahNya,
kita mungkin tidak dapat bahagiakan semua orang,
tapi kita mampu untuk doakan kebahagian mereka.

okey sayang semua,
jom cari redha Allah. :)

Tuesday, 13 November 2012

sesak nafas

tiada kemaafan yang dapat diberi!
huuu.. ayat itu tajam menikam dalam hati.
kenapa perlu fikirkan sejauh itu
bagaimana dengan perasaan ini
hati yang terasa bersalah? 
hanya Allah yang tahu  

pedih ulu hati, 

sakit dilemparkan kata-kata yang tajam,
cuba bersabar, tapi sampai bila?
waaa... mungkin kamu diuji sahabat
turunkanlah ego mu
kuatkan semangat mu

kenapa terlalu tegas kata-kata itu dilontarkan

perlukah ini terjadi?
nasihatilah dengan lembut
setiap manusia ada hati dan perasaan
jagalah sahabat!
janganlah kerna ingin memberi nasihat
kata-kata kasar dilontarkan
sakit!
amatlah sakit pabila difahami satu persatu..

wahai hati yang disakiti..

sedarlah, fikirlah balik
apa kelakuan kamu sampai seseorang boleh berkata sedemikian rupa
oh tidak!!
mesti ada silapnya...
ambik yang positif!



bukan senang nak bermanis muka 
pabila bersama dengan seseorang yang membuatkan kita terjatuh..

tapi, disitu lah sayangku sahabat
kamu bangkitlah dengan menunjukkan siapa dirimu..

jangan pinggirkan diri atau lari dari kenyataan
buktilah apa yang benar...

ikutlah laluan yang Allah bagi,
bukan berpusing dengan mencari keseronokan dunia tuk lupakan segala masalah
itu salah sahabatku!


ayuh..

jauhkan langkahan kakimu
menuju kearah kebaikan
usah sesak nafas dengan kata sekeliling yang terus mengatamu
kerna mulut orang tak akan pernah berhenti
cuma apa yang perlu kamu tahu
kembalilah kepada Allah
tempat mengadu yang paling hebat.

"luahan hati seorang sahabat"



Tuesday, 9 October 2012

senyumlah wahai diri! :)



bila tersenyum, pasti teringat peristiwa manis
bila tersenyum, pasti ada kenangan gembira yang singgah 
bila tersenyum, pasti berita terbaik yang didengari


semuanya atas kehendak Ilahi,
setiap tawa, setiap tangisan,
mesti ada sesuatu yang berlaku dalam diri.

usah terlalu sedih,
usah terlalu gembira,
cukuplah dengan mengambil sedikit perasaan itu
tuk mewarnai kehidupan kita disini

menutupi kesedihan dengan memberi senyuman pada diri
agak sukar langkah itu tapi itulah penawarnya
teruslah berzikir padaNya
moga hatimu rasa tenang damai


jauhkan perasaan luka itu
tutuplah ia dengan memberi kebahagiaan pada diri
senyumlah wahai diri! 

Tuesday, 25 September 2012

dunia kampus

assalamualaikum buat sahabat blogger!


lama tidak menulis, bukan bermakna tiada idea.
tapi kadang-kadang menyebabkan tiada masa untuk bersama blog!
haha.. macam tipu je.
padahal ada aje perkataan ''malas'' dalam diri.
jom ubah! mencari redha Ilahi.
rajin-rajinkan diri. :)

bercerita tentang dunia kampus.
terlalu banyak cerita yang nak diceritakan.
sampai tak tercerita. 









1 gambar menceritakan 1000 cerita.
ada banyak pendapat, sebagai manusia biasa,
pilihlah jalan yang terbaik untuk mengharungi sisa-sisa hidup ini.






# tunaikan hak Allah dahulu, barulah tunaikan hak sesama manusia. good luck and do the best for your life! :)

Saturday, 4 August 2012

teruskan, buat-buat tak nampak..

setiap orang ada permasalahan dalam hidup, jika tiada masalah ataupun ujian, bukan hidup namanya. kita memang dilahirkan untuk bertanggungjawab atas apa yang kita akan lakukan dalam melalui kehidupan ini. 

macam mana nak berfikiran positif? jika nasib sentiasa tidak menyebelahi kita. selalu dirunding masalah, ada je tidak kena dihati. apa masalah besar sangat sampai terasa diri tidak terurus.

mencari terus mencari kekuatan diri, tapi dimana nak cari kekuatan jika aura sekeliling sering negatif. selalu diejek, dicemuh, dipinggirkan. tak perlu fikirkan keadaan sekeliling kita, hanya berubah untuk diri sendiri, insyaAllah semua akan kembali kearah kebaikkan. hanya kembali kepada Allah. 



yup, itulah jalan terbaik! tapi agak sukar jika hubungan dengan Allah agak rapuh. nah, disitulah kita boleh berfikir positif, Allah bagi perasaan ini untuk balik mengadu kepadaNya. disitulah sebenar-benarnya kekuatan yang kita perlu cari.

teruskan, permasalahan itu harus diselesaikan. buat-buat tak nampak aje prasangka negatif itu, nyahkan. tak perlu difikirkan lama-lama. just go go go! :)


Monday, 9 July 2012

Bukan nak lari



Bila diungkapkan kata-kata persahabatan, memang semuanya manis. Tiada kepahitan yang perlu ditelan. Persahabatan antara kita merupakan salah satu corak kehidupan.


Mungkin waktu dan tempat menjarakkan kita, tak perlu ditangisi kisah lama, lupakan. Memang setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, semuanya harus dianggap ujian.

Walaupun tidak berhubung, itu tidak bermakna kisah dirimu tidak kutahui. Aku hanya mampu berdoa dari jauh, moga dirimu bahagia dan dirahmati Allah selalu.

  menyepikan diri itu lebih baik


Ya Allah! aku tidak layak untuk syurga-Mu, namun aku juga takut azab neraka-Mu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...